Wednesday, April 13, 2011

Band Name: CoffeeCandy
Line Up: 2
Genre Preferences: Alternative / Indie Pop / Instrumental Acoustic
Location: Klang, MY

CoffeeCandy Bio

Band ini dianggotai oleh dua orang anak muda yang berbakat dalam bidang muzik. Oleh kerana ketiadaan ahli kumpulan yang tetap, band ini tidaklah terlalu menonjol dikhalayak ramai dan tidak berapa dikenali masyarakat. Ahli tetap band ini hanya dianggotai oleh dua orang anak muda iaitu Mohd Isney bin Khalid atau lebih dikenali sebagai J-Bond dikalangan rakan-rakannya. Isney adalah sebagai pemain lead dan juga vokalis utama CoffeeCandy. Kemudian ia bergabung pula dengan Muhamad Zahari bin Zuraini atau lebih dikenali sebagai Uncle dikalangan rakan-rakannya. Uncle adalah pemain bass utama dan juga memegang posisi sebagai second vocal.

Mereka akan dibantu oleh rakan-rakan lain yang silih berganti. Ini adalah kerana mereka mempunyai komitmen dan cara mereka tersendiri. CoffeeCandy Band ini telah menghasilkan berbagai-bagai lagu dan diantaranya ialah "Helah si manusia, Jiwa Serigala, Menjauh, Rasa Cinta, Kawan, Rebah Di Gaza" dan banyak lagi lagu yang kini masih tersimpan rapi dalam simpanan kami. Kami juga telah mengikuti perbagai "event @ aktiviti" disekitar Lembah Klang seperti Shah Alam, Bukit Jalil, Cyberjaya, Putrajaya dan ada juga diluar Selangor seperti di Ipoh, Perak. Mengikut penerangan ahli band ini, mereka menubuhkan CoffeeCandy Band bukanlah kerana mengejar glamor dan populariti semata-mata, tetapi mereka ingin mengembangkan lagi bakat mereka dan ingin memartabatkan seni muzik tanah air (Malaysia) keperingkat antarabangsa. CoffeeCandy Band membawakan konsep Pop, Rock, dan Alternatif yang berunsurkan kemanusiaan, jiwa, perasaan, sosialis, adat budaya, dan perjuangan.
Mereka kini sedang berusaha mengumpulkan dana-dana untuk menerbitkan rakaman album CoffeeCandy & Friend's.



" Malam Perasmian 1 WASILAH "

COFFEECANDY adalah sebuah band baru di dalam industri muzik tanah air malaysia ini. COFFEECANDY telah ditubuhkan pada awal 2007.
Band ini dianggotai oleh 2 orang anak muda yang berasal dari Melaka dan Selangor iaitu MUHAMMAD ISNEY BIN KHALID (Melaka) dan MUHAMMAD ZAHARI BIN ZURAINI (Selangor).
Daya usaha yang telah dilaksanakan oleh (PONPAKYA ENTERPRISE) dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain telah membuatkan band ini menjadi semakin matang dan bermotivasi.
Satu projek telah dilaksanakan untuk COFFEECANDY dan mereka kini sedang berusaha untuk menerbitkan sebuah album mereka sendiri...