" Muhamad Zahari Bin Zuraini - uncle "

      - Tiada terlintas di hati atau fikiran untuk mengejar glamor serta populariti, hanyalah sekadar untuk bersuka-suka sahaja. Minat saya terhadap muzik telah wujud sejak kecil dan mula bermain peralatan muzik pada umur 11 tahun. Bagi saya, muzik adalah sesuatu benda atau kejadian yang boleh membuat jiwa serta emosi kita terusik. Muzik atau lagu ini mampu menyimpan kenangan atau memori tak kira dalam keadaan sedih, suka, atau apa pun jua keadaannya. Dalam awal tahun 2007, saya bersama sahabat karib saya iaitu Isney a.k.a J-Bond telah membuat sepakat untuk menubuhkan sebuah band muzik dan telah diberi nama 'CoffeeCandy'.
Namun dalam masa yang sama, kami mempunyai sedikit masalah untuk bergerak keluar kerana band kami masih belum mempunyai 'line up' yang cukup. Setelah hampir setahun band kami ditubuhkan tanpa 'line up' yang tetap, akhirnya pada awal tahun 2008 kami telah bertemu dengan beberapa rakan baru yang mempunyai minat yang sama dengan kami. Namun setelah hampir 2 tahun kami bersama dalam menghidupkan band ini, 2 orang rakan kami tadi telah menarik diri dari band ini atas sebab-sebab tertentu.
Walaupun begitu, saya dan sahabat karib saya J-Bond tetap dengan semangat yang asal dan tetap meneruskan perjuangan kami untuk bersama menghidupkan kumpulan band ini untuk memartabatkan muzik tanah air (Malaysia) kami sendiri. Kami berdua berharap dapat memperdengarkan lagu-lagu ciptaan kami sendiri ini di mana-mana siaran radio, ianya adalah bertujuan untuk meluahkan isi hati kami dan juga ada terselit sedikit sebanyak makna atau mesej yang ingin kami sampaikan menerusi lagu-lagu kami kepada semua. Kebanyakkan lagu-lagu kami mempunyai makna yang tersirat dan tersurat. Ini adalah bertujuan untuk mendidik serta melatih anak-anak muda untuk berfikiran luas dan terbuka. Bagi saya, berfikir mampu mencerdaskan otak kita. Oleh itu, muzik bukanlah satu hiburan semata-mata. Dengan muzik , kita juga boleh mendidik masyarakat umum amnya. .
Contohnya seperti kumpulan Raihan, Rabbani, Hijazz, Dato’ S.M Salim dan lain-lain lagi. Mereka berdakwah dan juga mendidik masyarakat melalui aliran muzik. Oleh yang demikian, janganlah kita menganggap muzik ini adalah sebuah alat perosak rohani manusia semata - mata.
Sekian, ini sajalah ulasan yang mampu saya berikan pada masa kini. Insyaallah jika diizinkanNya saya akan mengulas lagi sedikit sebanyak mengenai diri saya dan juga tujuan serta asal-usul band CoffeeCandy ini di masa akan datang. Perjuangan tetap akan diteruskan, Wassalam . . .