Komplikasi 1 Wasilah




Lagu : Bila Kebenaran Tiada Lagi

Bukan darah
dan bukan juga kau
yang aku sajakkan adalah kebenaran
kerana kebenaran
milik para pejuang
milik orang-orang jujur
milik orang-orang adil
dan milik orang-orang berani

Kita akan mati bila-bila saja
kerana kebenaran hilang dibawah kaki
kerana kebenaran lemas di botol wisky
kerana kebenaran hanyut dimeja judi

Jika kita bukan orang-orang yang berani
sejarah bisa melihat dibawah keranda
bangkai-bangkai bangsa yang sudah tiada
dibunuh seorang dewa pengawal
yang sepanjang hidupnya tidak berhenti-henti
ketawa, berbual.

Kau dan kebenaran
bisa menghukum zaman
kau dan kebenaran
bisa membentuk satu keperibadian
kau dan kebenaran
dan kami yang dibakar kesedaran
bisa membangun zaman kemenangan kebudayaan.

Hari ini kita mesti menjadi orang-orang yang mabuk berjuang
supaya kita tidak akan mati besok..

CoffeeCandy
Jihaty Abadi
(Penyair Nasionalisme Melayu)


Lagu : Salam (buat teman-teman yang kini di 'rehat'kan )

Verse 1 :

Mari kita pergi
Wahai pejuang tulen
Dengan semangatmu,
Akan robohlah tembok-tembok tinggi

Mari kita pergi
Wahai pejuang tulen
Dengan lidahmu
Akan didedahkan kepalsuan

Mari kita pergi
Wahai penjulang bendera
Dengan kibaran hijau
Akan putuslah rantai-rantai dekaden

Mari kita pergi
Wahai pendukung perjuangan
Dengan ketajaman penglihatanmu
Akan diruntuhkan sistem jahiliah

Chorus 1 :

Kefiraunan sedang merajalela
sedang kita seolah tak berdaya
Dan ciri tamadun jahiliah
Mengesek nadi masyarakat

Mari kita bangun
Atas menjalankan anjuran-NYA
Ketepikan segala kemungkaran
Demi mencapai keredaan-NYA

Sabar-bersabarlah wahai pejuang setia
Ada umur akan ada masa ada ketika
Hari ini ketawa besok menangis dan sebaliknya
Hari ini digelar subversif besok disanjung pula

Puisi :

Teman-temanku,
Salam dari kami pencinta kebenaran dan keadilan,
Moga ketabahan semangat kalian,
Menjadi inspirasi kepada kami.

Chorus 2 :

Sekali mara terus mara
Daripada hidup ber"tuah" pada kebatilan
Mahupun men'jebat' pada membabi-buta
Biar berjuang untuk kebenaran

------------------------------------------
Lirik by YM Raja Ahmad Aminullah
Lagu by Coffeecandy
------------------------------------------


Lagu : Randai Bersama Radziyah

Verse 1 :

Kau bagaikan sebutir permata
Tersimpan dicelahan kaca
Tak mungkin hilang
Tak mungkin hancur
Kerna setia cintamu yang suci

Tenangnya laut seluas pandangan
Jiwa mu tulus penuh kesabaran
Amanah dijaga
Tak mungkin kau lupa
Sejujur kasih pelita hatimu

Chorus :

Keperitan yang kau rintihkan
Dengan taqwa tanpa tangisan
Kau ibarat seribu bulan bercahaya
Di samping perwira bangsa

Verse 2:

Lontaran Suaranya membiaskan hati
Kerutan wajahnya mengenal kan erti
Gerak tingkahnya melayar usia
Getaran nafasnya membelaikan rasa

Yang mendengar sekadar halwa
Yang melihat tanpa mata
Yang pergi berbekas di kenang
Yang kasih tetap di sayang (3X)

------------------------------------------
Lirik by CoffeeCandy/Ponpakya/Isa
Lagu by CoffeeCandy
------------------------------------------


Lagu : Perang Musuh Bisik menjadi saksi

Verse 1:

Mereka datang menerjah dengan muslihat
Bersama bangsa penipu mereka berpakat
Merejam, menghumban anak-anak watan
Habis segala anak cucu menjadi korban … menjadi korban

Tanah yang tercinta tersimbah darah
Padi menguning terhumban rebah
Lalang menjadi raja tertutup bumi
Ke mana arah kita harus lari pergi … Harus lari pergi

Chorus :( Ulang 2x)

Terjajah lagi tanah air kita ini
Perang musuh bisik menjadi saksi
Ruang ibadat ditinggalkan kosong
Pada siapa lagi perlu minta tolong

Kecuali kita jua anak tanah ini
Bangkit membebaskan jiwa dan negeri … OOoo OOooo

Kekuatan bersatu kita menyusun langkah
Pertahankan agama dan bangsa tanpa menyerah
Inilah semangat juang hulubalang bangsa
Tanah air kita, milik kita yang punya … kita yang punya

-------------------------
Lirik  by Ponpakya
Lagu by CoffeeCandy
-------------------------

Lagu : Donggeng Tok chai tu

Verse 1

Tersebut lah kisah
Tentang Donggeng Tok Chai Tu
Tersebutlah kisah
Tentang Melayu kenalah tipu

 Menanglah sorak
 Habis kampong tergadai
 Niaga buluh kasap
 Awal habis hujungnya lesap

( Dondang sayang ) balau

Empayar Melaka pun boleh roboh
Kerana kita tak mahu kukuh
Hadirnya bangsa pendatang
Pusaka tergadai jadi milik orang..
Milik siapa tu???
Milik tok chai tu lah sapa lagi!

B/Ground         : tak kesah melayu dah tak kesahhh (berulang2)4x

Chorus 1          : Kenapa asyik hai  jadi pak turut
                        Biarkan warisan kita habis di kaut
                        Budaya kita dah jadi carca marba
                        Orang jenis aga angkat menjadi raja

B/Ground         : tak kesah melayu dah  tak kesahhh (berulang2) 4x

                        Dondang sayang (balau)

Chorus 2          : tok chai tu mengangkat diri
                        Orang kita tak ambil peduli
                        Ibarat kaduk naik junjung
                        Orang luar yang kita sanjung

B/Ground         : tak kesah melayu mmg tak kesahhh (berulang2)

Verse 2

Mindalah kita hai  habis dijajah
Hasil pertiwi kita  habis diperah
Bagai orang belanda hai! mendapat tanah
Hanya yang tinggal pada kita hanya sampah

End Verse        : Jangan amal sikap tak kesah (Dondang sayang)
                       Maruah bangsa kan punah ranah

---------------------------------------------
Lirik  by Coffeecandy n' Nevermind
Lagu by Coffeecandy Feat Nevermind
---------------------------------------------